Connect with us

Jenayah

Buat Onar, Cikgu Sekolah Memandu Buka Zip Seluar & Tunjuk Kemaluan Diburu Polis

Seorang tenaga pengajar sebuah institut memandu di Kampung Saring, Pasir Puteh, Kelantan telah diburu oleh polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita di dalam sebuah kereta.

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo Online, suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai melarikan diri selepas mangsa berusia 27 tahun tampil membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Azmir Damiri, suspek dipercayai melakukan tindakan tidak bermoral itu selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.

Difahamkan, suspek bersama mangsa berdua-duaan di dalam kereta untuk menghantar wanita itu pulang ke rumahnya. Ketika dalam perjalanan, suspek dikatakan secara tiba-tiba membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya.

Advertisement

“Terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya. Mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta ketika sedang bergerak.”

Suspek akhirnya memberhentikan kereta yang dipandunya. Mangsa kemudian keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri untuk meminta bantuan. Menurut sumber, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel