Connect with us

Hiburan

Adik Sajat ‘Bengang’ Kena Hadap Perangai Abang – “Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat”

Kontroversi melibatkan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarruzaman sememangnya memberi tamparan hebat kepada keluarga terutama adiknya, Nur Mustika apabila menjadi ‘mangsa’ serangan netizen yang mengeluarkan tohmahan tanpa usul periksa.

Terdahulu, Mustika yang juga seorang influencer pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah menyokong tindakan abangnya yang dilihat agak keterlaluan.

“Aku takde kena mengena dengan perbuatan Sajat”

Menerusi hantaran di Instagram, wanita berusia 33 tahun itu kembali meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana masih menjadi tempat netizen melepaskan geram keatas abangnya.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Mustika (@must1ka88)

Mustika menjelaskan, dia sama sekali tiada kena mengena dengan segala perlakuan Sajat kerana abangnya itu sudah tidak peduli kata sesiapa lagi.

“aku takde kene mengena dgn perbuatan sajat. Dia tak peduli sesape, buat apa aku nk peduli setiap tindakkkan dia. Tapi dugaan bukan kecik bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ni. “ tulisnya.

“Dia tak pernah minta maaf pun pada aku”

Tambahnya, Sajat telah meninggalkan nama buruk buat dirinya sehingga reputasi serta anak-anaknya terganggu. Lebih menyedihkan, usahawan itu langsung tidak pernah meminta maaf diatas tindakan keterlaluan tersebut.

“Dia tingalkan nama buruk and tanpa di beri pilihan aku kene tanggung?.. anak, reputasi busuk, and dia tak penah nk mintak maaf pada aku.. Malah dia hina aku sbb aku terangkan kat media haritu walaupun dia tahu aku tak burukkkan dia langsung.. Bnyk nye pengalaman since kes sajat ni..”

Kesian anak2 jadi mangsa perbuatan pakcik

Dalam pada itu, Mustika  yang kelihatan sudah fed up dengan sesetengah media disebabkan gambarnya disalahgunakan untuk mengulas isu Sajat dilihat meluahkan rasa sebagai seorang ibu apabila memikirkan kondisi anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan masyarakat disebabkan tindakan pakcik mereka.

Advertisement
“aku ni seorg IBU.. ada anak KANDUNG.. Kesan2 negative blh timpa anak aku pulak.. macam mana dia nak kesekolah? Kuat kah dia bila org ckp/layan/ atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? semoga allah sentiasa kuatkan hati ini dlm setiap dugaan di beriNYA.”

Terdahulu, Nur Sajat telah memaklumkan kepada semua bahawa dirinya sudah berada di Australia. Dia juga mengakui yang tidak akan kembali ke Malaysia kerana sudah ‘bercerai talak tiga’ dengan negara ini.

Sebelum ini, usahawan itu telah terpalit dengan beberapa kes mahkamah dan bertindak melarikan diri ke luar negara sebelum di tahan pihak imigresen Thailand  pada 8 September 2021 kerana memasuki negara itu secara tidak sah. Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan keesokan harinya sebelum membuat IG live memaklumkan sudah berada di Australia sejak beberapa hari lepas.

Baca: Sajat Sudah Lari Ke Australia, ‘Cerai’ Talak Tiga Dengan Malaysia

Baca: Kekasih Sajat Dilapor ‘Serang’ Pegawai Kanan Polis Di IG

 

Advertisement

Sumber: Instagram must1ka889

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel