Connect with us

Terkini

Senyum Tak Henti-Henti…” – Anak Pakaikan Mak & Ayah Baju Pengantin Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-53

Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak. Walaupun kita sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, jauhkan diri daripada sikap kacang lupakan kulit. Gembirakan hati mereka selagi mereka masih hidup. Walaupun kadang kala mereka tidak meminta, namun sebagai anak tak salah membuat kejutan agar hubungan kekeluargaan bertambah erat. Perkara-perkara kecil sebegini sudah cukup untuk menggembirakan hati mereka.

‘Unplanned’ aku buat semua ni sempena anniversary mak & abah ke 53

Menerusi  satu perkongsian yang  oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anies Aida Muda, dia telah membuat kejutan dengan meraikan hari ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-53 dengan mendandan orang tuanya dengan pakaian pengantin.

Walaupun pada awalnya mereka menolak, namun lama kelamaan merekalah yang paling gembira dan tak putus tersenyum sewaktu mengambil gambar.

@akak_nikelakoUnplanned aku buat smua ni sempena anniversary ma&aboh ke 53.amek gambo blkg rmh .. gambar kita bole ulang tgk sbg kenangan..bahagia itu kita yg cipta #fyp #fypplisssssss♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Harini anniversary mak & abah….

Anies Aida Muda juga memaklumkan yang dia telah meminjam busana pengantin tersebut daripada rakannya yang juga seorang mak andam.

Advertisement

Tak hanya itu, pengguna TikTok berkenaan juga telah mendandan ibunya sendiri dengan terlihat lebih muda selepas mengenakan makeup.

@akak_nikelakoHarini anniversary ma&aboh….jd ni je anies mampu buat..♬ Bahagia – Eza Edmond

Happy anniversary makcik pakcik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan pasangan warga emas ini yang terlihat sangat gembira dan berseri-seri dengan kejutan dari anaknya. Namun begitu, ada juga yang berasa sebak melihat ibu bapa pengguna TikTok berkenaan kerana mengakui teringat akan orang tua sendiri.

Sumber: TikTok @akak_nikelako

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel