Connect with us

Terkini

15 Minit Hadapi Detik Cemas, Anggota Bomba Dilaporkan Hampir Lemas Di Sungai Putat

Tular sebuah video menunjukkan seorang anggota bomba nyaris lemas ketika sedang cuba menyelamatkan mangsa banjir.

Kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Putat, Melaka pada jam 4 petang tadi. Berdasarkan laporan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka itu berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukan.

Mangsa sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka dan dimaklumkan masih belum sedarkan diri.

“Orang dalam rumah tu menjerit, mungkin selepas dia terkejut melihat anggota bomba berkenaan lemas dalam arus deras banjir. Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuklah anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang.” Kata saksi, Md Yusof Hitam.

Advertisement

Tonton video

Situasi cemas itu berlaku dalam tempoh masa yang sangat cepat dan anggota terbabit berjaya diselamatkan dalam masa 15 minit.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel