Connect with us

Terkini

Sajat Dakwa Kerajaan Australia Bantu Belikan Banglo?

Usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menerusi satu perkongsian video live di Instagramnya semalam, dia berkongsi akan kisah penghijrahannya selain mengakui telah meminta kebenaran kedutaan Australia untuk berbuat demikian.

Selain itu, dia juga turut menzahirkan rasa terharu terhadap kedutaan negara itu selepas memberikan banyak sokongan kepadanya dari pelbagai aspek.

“Saya sekarang berada di Australia, tak nak pandang belakang dah. Saya sekarang sedang menjalani kuarantin, tak sabar nak habis dua minggu nanti nak pergi jalan-jalan.”

Advertisement

“Dekat sini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat tentang diri saya dan temui kebahagiaan dekat sini.”

“Kedutaan Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skill bisnes dan kelas bahasa Inggeris serta beri rumah.”

Tangkap layar live Instagram Nur Sajat. (Sumber: Mstar)

Pada masa yang sama, menerusi hantaran di Insta story miliknya, usahawan itu telah berkongsikan sebuah gambar rumah banglo yang bakal menjadi kediamannya di Australia.

Menerusi hantaran itu, Sajat telah meluahkan rasa gembiranya selain turut menzahirkan rasa tidak sabar untuk menetap di rumah tersebut. Difahamkan, usahawan kosmetik itu dikatakan bakal menetap di Canterbury, Australia.

Sumber: Instagram Nur Sajat I Kosmo!

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel