Proses Mediasi Gagal, Siti Nordiana Tetap Heret Kes Saman Lima Sekawan Ke Mahkamah!

Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana meneruskan kes saman terhadap lima sekawan selepas proses mediasi (rundingan secara baik) gagal.

Bagaimanapun, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil nana engga berkongsikan butiran yang menjadi punca mediasi tersebut mencapai jalan buntu.

“Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Kami menghormati kedua-dua pihak. Yang pasti tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamahlah,” katanya.

Peguam yang mewakili Siti Nordiana berkata kes itu terpaksa dilanjutkan kepada perbicaraan demi menghormati kedua-dua pihak.

Advertisement

“Sebenarnya plaintif dan defendan sudah menjalani proses mediasi atas saranan mahkamah tetapi tiada kata persetujuan dan penyelesaian antara mereka. Jadi terpaksa sambung untuk perbicaraan penuh.

“Mengenai proses mediasi, apa yang boleh saya komen memang tak berjaya. Ini disebabkan kami menghormati pihak sebelah sana (defendan),” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Lan Solo, Syura dan Nur Shiela berkata, terma-terma yang dibincangkan kedua pihak tidak dipersetujui, jadi terpaksa dibawa kepada perbicaraan.

“Saya minta maaf. Kedua-dua pihak dan mahkamah bersepakat untuk tidak mendedahkan apa yang dibincangkan sepanjang proses mediasi,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman terhadap lima defendan termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.

Advertisement

Menerusi saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Sumber: Rotikaya

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago