Connect with us

Viral

(Video) Warga Emas Kelaparan Dilihat Kutip Sisa Makanan Di Dlm Tong Sampah Sebagai Alas Perut

Sebagai manusia, kita perlu bersyukur sekiranya menjamah nasi dengan telur goreng jika dibandingkan dengan mereka yang hanya makan berlaukkan garam.

Namun terdapat juga individu lebih daif daripada itu sehingga terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan bagi mengisi perut yang kelaparan.

Kembali tular video seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.

Video yang dimuat naik pada tahun 2019 itu yang kembali tular di media sosial facebook memaparkan lelaki warga emas yang terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan

Advertisement

Menerusi video itu, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan memakai pakaian kotor dan keadaan dirinya yang tidak terurus. Dia juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, dia terus makan tanpa ragu-ragu.

Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dimana mereka juga sering kelihatan pakcik berkenaan di sekitar Ipoh.

Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen posting tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel