Connect with us

Viral

Terkejut Lihat Kain Kapan Arwah Abang Langsung Tak Reput Walaupun Sudah 24 tahun Meninggal Dunia

Berhadapan dengan kehilangan seorang yang disayangi sememangnya tidak mudah. Pastinya suasana pilu akan menyelubungi lebih-lebih lagi sewaktu jenazah ingin dikebumikan.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Zuneeka Rashid, dia berkongsi momen sewaktu proses pengebumian bapanya yang meninggal dunia pada pertengahan tahun lalu iaitu 1.7.2020.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah video perkongsiannya yang memaklumkan jenazah bapa telah dikebumikan satu liang dengan Allahyarham abangnya yang meninggal dunia pada tahun 1996.

Apa yang lebih mengejutkan ialah ketika digali, kain kapan Allahyarham abangnya masih utuh dan langsung tidak reput dan kelihatan sangat elok termasuk tulang-tulang jenazah masih lengkap serta tiada yang telah hilang pun.

Advertisement

Perkara berkenaan sememangnya satu keajaiban kerana hanya insan terpilih sahaja diberi keistimewaan seperti itu.

Netizen yang merasa takjub dengan perkongsian tersebut tertanya-tanya apakah kebaikan yang dilakukan oleh arwah ketika masih hidup di atas dunia.

Malah mereka juga turut mendoakan agar Allahyarham abang serta bapa pengguna TikTok itu terus dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: TikTok @kakzue_kaklat

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel