Connect with us

Sukan

CR7: “Kadang-kadang Keputusan Bukanlah Satu-satunya Yang Kami Perjuangkan”

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo dalam satu perkongsian di Facebook pada pagi tadi mengatakan bahawa kadang-kadang keputusan bukanlah satu-satunya yang mereka perjuangkan.

Tambahnya dalam perkongsian itu, bintang bola sepak terkenal itu juga sangat kagum dengan sokongan berterusan daripada peminat dan mengakui bahawa mereka berhak mendapat yang lebih baik.

“Kadang-kadang keputusan itu bukanlah satu-satunya yang kami perjuangkan. Kadang-kadang skor jaringan itu bukanlah semata-mata yang kami mahukan.

“Dan ini ada pada kita, hanya pada kita, kerana tiada sesiapa pun yang harus dipersalahkan. Peminat kami, sekali lagi, sangat mengagumkan dalam sokongan padu mereka.

Advertisement

“Mereka sepatutnya berhak mendapat lebih baik daripada ini, jauhu lebih baik dan ia terpulang kepada kami untuk melakukannya. Masanya ialah sekarang!” katanya di laman Facebook hari ini.

Untuk rekod, Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjær tumpas 0 – 5 dengan pasukan pendahulu kedua liga, Liverpool dalam perlawanan awal pagi tadi.

Sumber: FB Cristiano Ronaldo

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel