Connect with us

Terkini

“Serius Rasa Nak Nangis…” – Simpati Lihat Warga Asing Pegang Perut Kelaparan, Lelaki Terus Beli Makanan Hulur Bantuan

Jika kita rasa lebih susah, percayalah masih ada lagi yang lebih susah. Sama-sama kita ambil iktibar dengan perkongsian ini.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok yang memberikan sedikit makanan kepada seorang lelaki warga asing yang dilihat duduk di kaki lima sambil memegang perut dan bekas minuman yang telah kosong.

Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nan4.97, dia dan suami secara kebetulan berada di sebuah pasaraya dan melihat sendiri warga asing itu duduk berseorangan.

“Sedih sangat kisah semalam jadi depan mata sendiri. Lepas beli barang dekat giant”

Advertisement

” Ada seorang lelaki ni mungkin Pakistan, Nepal atau warga Bangladesh. Dia pegang-pegang perut sambil tahan lapar kot memang depan mata betul masuk kereta. Rasa tergamam sebab nampak dia belek-belek air yang dah habis dia minum kat tangan”

Menangis ketika diberi makanan…

Tergerak hati ingin membantu, suaminya telah membelikan sekali sedikit makanan buat lelaki tersebut dan terus memberinya.

Apa yang menyebakkan adalah reaksi lelaki warga asing itu yang terlihat sangat terharu serta terus mengangkat tangan mendoakan @nan4.97 dan suami diatas jasa baik tersebut.

“Dia menangis lagi masa aku bagi dan lepas tu dia termenung lama. Ya Allah permudahkanlah segala urusan dia, luaskan rezeki dia. Amin.”

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terharu dengan amalan murni yang dilakukan tanpa sebarang prajudis.

Advertisement

Mereka juga mendoakan agar pasangan tersebut terus dimurahkan rezeki dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T

 

Sumber: TikTok @nan4,97

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI


 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel