Mat Dan ‘Sound’ Minah Saleh Degil Tak Nak Pakai Mask – ‘Duduk negara orang, kena ikut & hormatlah peraturan’

Pengacara dan selebriti media sosial, Mat Dan tampil memberi respon kepada isu seorang wanita kulit putih yang videonya tular kerana berdegil tidak mahu memakai mask sewaktu ingin memasuki butik berjenama di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

Mat Dan yang berasal dari England dan sudah lama menetap di Malaysia itu tidak bersetuju dengan tindakan warga asing yang didakwa berasal dari United Kingdom (UK) berkenaan.

Menurut pengacara Mat Dan Kaki Jalan itu sepatutnya, ‘minah salih’ itu patuh atau mengikut peraturan dalam negara yang dikunjungi dan bukan hanya mengikut pendiriannya sendiri.

Menerusi satu posting video di laman Instagram malam tadi, pemilik nama Daniel James Tyler itu mengakui terdapat isu antara warga tempatan dan golongan Muslim di United Kingdom (UK).

Advertisement

“Memang ada isu, sebab Muslim ni macam tak ‘integrate’ dengan masyarakat. Mereka diasingkan daripada orang UK.

“Tapi bila orang UK datang sini pula, ada ke mereka ‘integrate’ dengan masyarakat kat sini. Takde pun, ni antara contoh yang tepat,” kata selebriti berusia 32 tahun itu.

 

Advertisement

Pengacara berasal dari Bristol, England itu berkata, wanita berkenaan tidak sepatutnya membawa gaya hidup di negara asal ke tempat orang apatah lagi jika melanggar peraturan.

“Dia datang sini nak buat ‘style’ negara dia, tak bolehlah. Duduk negara orang, kena ikutlah. Isu ni nampak macam kecil, tapi insiden ini contoh orang yang tiada integrasi dalam masyarakat. Jadi fikirlah sebelum bersuara,” ujarnya.

Semalam, tular satu video di media sosial memaparkan ‘minah saleh’ berkenaan enggan memakai pelitup muka sekali gus dihalang pekerja sebuah butik mewah di pusat beli-belah Suria KLCC.

Advertisement

Mat Dan yang fasih berbahasa Melayu termasuk loghat Terengganu berkahwin dengan Nadifa Adnan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler yang kini berusia setahun.

Komen Netizen:

Sumber: Instagram Mat Dan

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago