Friday, October 10, 2025

Tular Lelaki Maki Hamun ‘Pak Guard’ Sebab Tak Tolong Jaga

October 31, 2021
1 min read

Tular dilaman sosial satu poster yang dipercayai dikeluarkan pihak pengurusan sebuah kawasan perumahan apabila memaklumkan ada seorang penyewa yang didakwa memaki hamun pengawal keselamatan apartment tersebut.

Lelaki berkenaan dikatakan ‘naik hantu’ kerana pengawal keselamatan di kawasan tersebut tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal.

Menerusi hantaran yang dimuat naik kembali dilaman Twitter MyNewsHub selepas pihak pengurusan rumah mengeluarkan gambar tangkapan layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lobi apartment itu.

Netizen di media sosial juga sempat berkongsi video ketika lelaki tersebut bertindak memaki hamun pengawal keselamatan yang bertugas hanya disebabkan kecuaian sendiri apabila meninggalkan anaknya di pos kawalan keselamatan sedangkan menjaga anak penyewa tidak termasuk dalam skop kerja pengawal keselamatan.

Rata-rata warganet berasa marah dengan tindakan kurang bijak lelaki berkenaan.

Mereka juga merasakan apa yang diamukkan lelaki itu adalah kesalahan diri sendiri dan sama sekali tidak melibatkan orang lain.

Sumber: Twitter @mynewshub

HANGAT MINGGU INI

‘Kapal Ini Tak Perlukan Muatan Cakap Kosong’ – Video Tular Misi Sumud Flotilla Coalition Dapat Sokongan Netizen

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila satu perkongsian di TikTok

Lelaki Berang Selepas Ditegur Polis Trafik, Ugut Mahu Buat Laporan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilihat berang selepas ditahan oleh anggota polis