Friday, October 10, 2025

“Bukan Senang Mencari Rezeki, Langgar Lari..” – Motor ‘Rider’ Foodpanda Tenggelam Dalam Longkang

November 5, 2021
1 min read

Seperti yang semua sedia maklum, berkerja sebagai penghantar makanan perlu mengharungi pelbagai cabaran dan risiko ketika menjalankan tugas. Apa tidaknya, ‘tempat kerja’ mereka adalah di jalan raya yang turut dikongsi bersama-sama kenderaan lain.

Banyak sudah dilaporkan mengenai kemalangan yang melibatkan penghantar makanan. Pun begitu, mereka tidak pernah patah semangat untuk memastikan makanan yang dipesan oleh pelanggan tiba secepat mungkin.

Mungkin tidak semua dapat merasakan betapa peritnya bekerja sebagai penghantar makanan. Seperti satu video yang dikongsikan di laman Tiktok oleh Ayue Liena, seorang ‘rider’ Foodpanda kelihatan terbaring di tepi longkang dan motosikal miliknya sudah tenggelam di dalam longkang.

Gambar: Ayue Liena

Dalam video kedua yang dikongsikan, orang ramai dilihat datang membantu untuk mengangkat motosikal penghantar makanan tersebut dari dalam longkang berkenaan.

Ramai datang membantu

Tindakan orang ramai yang datang menghulurkan bantuan nyatanya telah meraih pujian ramai dan turut didoakan semoga semuanya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Terima kasih orang baik

Dugaan dalam mencari rezeki

Semoga Allah pelihara kamu semua yang membantu

Sumber: Ayue Liena

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Lelaki Berang Selepas Ditegur Polis Trafik, Ugut Mahu Buat Laporan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilihat berang selepas ditahan oleh anggota polis

‘Bermejakan Baldi, Berlantaikan Pasir’: Keteguhan Pelajar PhD Palestin di IIUM Terus Jadi Inspirasi

GAZA – Dalam suasana bergolak dan penuh ketidaktentuan, kisah ketabahan seorang pelajar