Warga Emas Dakwa Jiran Pegang Kad ATM Keluarkan Wang Tanpa Kebenaran

KUANTAN: Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah, apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa, menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lepas.

“Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran.

“Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), telah dimasukkan ke akaun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM mililknya selepas itu, dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status wang pampasan tersebut.

Mangsa mendakwa mengetahui baki akaun banknya berkurangan apabila anak saudaranya pulang ke kampung hujung Julai lepas, dan semakan di bank mendapati terdapat 23 transaksi pengeluaran wang dibuat menggunakan kad ATM itu.

“Anak saudara mangsa cuba berbincang dengan suspek untuk memulangkan semula wang itu, namun suspek dikatakan berkeras menyatakan semua wang yang dikeluarkannya telah diserahkan kepada mangsa,” katanya.

Menurut Mohd Wazir mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini semalam, selepas mendakwa suspek enggan memulangkan wang itu walaupun telah memberikan tempoh secukupnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Keluarga Bayi Sakit Paru-Paru Kronik Terharu Dapat Perhatian PM Anwar

ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) -- Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada… Read More

12 hours ago

Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Diasingkan, Jauh Dari Kubur Yang Lain

Jenazah suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram telah… Read More

2 days ago

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

5 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

6 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

1 week ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago