Friday, October 10, 2025

“Tidak Pakai Pelitup Muka, Ia Adalah Pilihan Saya,” – Kata ‘Karen Dior’

November 7, 2021
1 min read

Baru-baru ini, tular video seorang wanita warga asing digelar sebagai ‘Karen’ membuat kecoh di hadapan butik sebuah pusat beli-belah selepas dilarang memasukinya tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.

Selepas isu tersebut dilihat agak reda, wanita itu memuat naik satu video di laman Twitter dan bercakap mengenai kebebasan dan hak untuk membuat pilihan.

“Selamat pagi, saya Kerry atau orang kenal sebagai ‘Karen Dior’, dari Manchester ke Malaysia dengan aman dan cinta sejak 20 tahun lepas. Jiwa saya, anak-anak saya semuanya di sini.

“Lagu kita ialah kebebasan, kebebasan untuk pilih apa kita makan, ke mana kita pergi, kita pergi dengan siapa, apa kita lakukan kepada badan kita secara perubatan atau sebaliknya. Ia adalah pilihan, pilihan anda, pilihan saya.

“Banyak negara sudah tarik balik mandat (pakai pelitup muka), ada pautan di bawah, anda dijemput baca dan nyatakan pendapat anda,” katanya menerusi video berdurasi lebih dua minit di laman Twitter tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat hampir 100,000 tontonan dan komen-komen di video tersebut pula menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadapnya yang enggan mengikut peraturan ditetapkan kerajaan.

Bahkan, selebriti tempatan, Diana Danielle turut sama menulis komen pada video tersebut.

“Anda boleh pergi ke negara di mana mereka tidak menggunakan undang-undang ini, tetapi di negara ini menjaga kesihatan satu sama lain adalah lebih penting daripada ‘keperluan’ individu.

“Anda boleh menjangkiti orang lain jika anda keluar tanpa memakai pelitup muka. Banyak negara Eropah bergelut dengan peningkatan kes berikutan kebebasan pilihan tanpa had itu,” tulisnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata wanita warga asing itu dikenakan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi kedua-dua kesalahan.

Tindakan Karen tersebut tular di media sosial selepas videonya yang dilihat membuat kecoh selepas dilarang memasuki sebuah butik di pusat beli-belah kerana tidak memakai pelitup muka.

Baca: Warga Asing Enggan Pakai ‘Mask’ Mengamuk Dihalang Masuk Butik

HANGAT MINGGU INI

Lelaki Berang Selepas Ditegur Polis Trafik, Ugut Mahu Buat Laporan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilihat berang selepas ditahan oleh anggota polis

‘Bermejakan Baldi, Berlantaikan Pasir’: Keteguhan Pelajar PhD Palestin di IIUM Terus Jadi Inspirasi

GAZA – Dalam suasana bergolak dan penuh ketidaktentuan, kisah ketabahan seorang pelajar