(Video) Punca Selalu Brek Atas Jalan, Lelaki Tendang Kereta Wanita

Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya, mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, berdasarkan dua video tular yang berdurasi 11 dan tujuh saat di media sosial pada 4 November lalu, memaparkan seorang lelaki menendang sebuah kenderaan di Stulang Laut dekat sini.

Menurutnya, siasatan awal terhadap video itu mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira 10.19 malam pada 31 Oktober lalu.

“Mangsa seorang wanita memandu kereta jenis Honda City warna hitam berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut dihalang suspek iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira warna kuning.

Advertisement

“Suspek turun daripada kenderaannya dan menghampiri kereta mangsa, serta mengarahkannya (mangsa) keluar. Namun mangsa tidak berbuat demikian kerana bimbang keselamatan diri.

“Suspek memarahi mangsa sebelum menendang pintu hadapan sebelah kiri kereta milik wanita itu hingga kemek. Susulan itu, mangsa yang takut meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, susulan rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu terbabit, suspek mengaku memarahi dan menendang pintu hadapan kereta milik mangsa kerana perselisihan faham serta tidak puas hati dengan cara pemanduan mangsa yang didakwa selalu membrek kenderaannya ketika berada di jalan raya.

“Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500 dan kes dicadangkan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak insurans.

“Polis menasihati orang ramai, khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan menerapkan sikap pemanduan berhemah dan sabar agar mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago