Tular di TikTok luahan kecewa seorang wanita apabila mendapat tahu kereta kesayangan yang ditinggalkan di sebuah bengkel kereta berada dalam keadaan ‘togel’.
Menerusi perkongsian itu, Ain Jeman memaklumkan dia nekad menerjah ke bengkel untuk melihat sendiri kereta selepas diberi seribu satu alasan apabila ditanya mengenai perkembangan semasa.
@ain_jemanSedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 ##viralvideo ##fypシ ##fypage♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menceritakan dengan lebih lanjut, wanita ini berkata kereta pada awalnya menghadapi masalah bateri menyebabkan dia meninggalkannya di bengkel tersebut pada PKP tahun lalu.
Alang-alang kereta dah ada di bengkel, wanita ini meminta keretanya diubahsuai kepada ‘Evo’ dan bayaran secara ansuran sebanyak RM12,000 telah dibuat.
@ain_jemanAnyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? ##fyp ##fypage ##viral♬ Super nova 9 – Kings Chapple-Wilson
Mendapat perhatian ramai, perkongsian wanita ini sehingga kini meraih sehingga 700,000 tontonan. Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Tidak lama selepas video viral, mekanik bengkel dipercayai telah menghubunginya dan berjanji kereta akan siap pada hari Sabtu.
Kata mekanik itu lagi, semasa wanita ini menerjah bengkel kereta, enjin belum dipasang kerana terdapat perubahan. Walau bagaimanapun, dia berjanji kereta akan siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.
Sumber: TikTok @ain_jeman
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI