Pengantin Perempuan Nekad Batal Perkahwinan Selepas Pengantin Lelaki Tiba Dalam Keadaan Mabuk

New Delhi: Seorang pengantin perempuan nekad membatalkan perkahwinan selepas melihat bakal suaminya muncul dalam keadaan mabuk di lokasi majlis pernikahan mereka dekat Rajgarh, India.

The Times of India melaporkan kejadian berlaku di Suthaliya di daerah Rajgarh pada 7 November lalu.

Ketika rombongan perkahwinan tiba, ramai tetamu termasuk pengantin lelaki dan rakannya kelihatan mabuk.

Pengantin lelaki itu mabuk sehingga tidak boleh berdiri sendiri.

Advertisement

Sebaik pengantin perempuan, Muskan Sheikh menyaksikannya, wanita itu memutuskan untuk berundur daripada perkahwinan dan enggan menghadiri majlis akad nikah.

Muskan mendapat sokongan penuh keluarganya dalam keputusan ini.

Ketika ditanya oleh Alim Sahab sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya, Muskan kekal dengan pendiriannya untuk membatalkannya.

Sementara itu, polis juga memberi jaminan sokongan penuh kepada keluarga pengantin perempuan jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Insiden sama berlaku sebelum ini apabila seorang pengantin lelaki mabuk mula melakukan tarian ‘naagin’ di majlis perkahwinannya.

Advertisement

Selepas melihat kelakuannya, pengantin perempuan enggan mengahwininya.

Insiden itu berlaku di kawasan Mailani di Lakhimpur Kheri, Bareily, Uttar Pradesh. – Agensi

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago