Connect with us

Terkini

“Habis 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju” – Gadis Terkejut Ingatkan Jiran Tepi Rumah, Rupanya…

Hidup berjiran membawa penuh kebaikan sekiranya saling menerapkan nilai-nilai murni yang baik antara satu sama lain.

Tidak kira kehidupan di bandar mahupun di kampung, pastinya akan ada permasalahan yang wujud ekoran sikap jiran yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.

Terbaru, tular sebuah video mengenai ‘kerenah’ jiran yang dikatakan suka sidai baju di pagar rumah orang lain mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita ini pulang dari Lumut, Perak terkejut apabila pagar rumahnya dijadikan ampaian oleh jirannya.

Advertisement

Apa yang lebih menyakitkan hati, rupanya dia tidak keseorangan kerana bukan pagar rumahnya sahaja yang dijadikan ampaian malah rumah-rumah yang lain turut dijadikan tempat untuk menyidai pakaian.

“Aduhai lah jiran! Balik-balik dari Lumut tengok rumah dah penuh dengan kain. Habis 3 rumah dia tumpang sidai kain. Tak pernah dibuat orang.”

“Tak tau nak marah ke nak gelak. Masalahnya ingatkan jiran sebelah. Rupanya jiran 4 buah rumah. Rumah dia dekat corner lot. Jauh betul dia sidai.”

Video yang tular di laman TikTok:

Advertisement

Video tersebut telah meraih lebih daripada 368.6K tontonan, 7607 tanda suka, 996 komen dan 314 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘pening’ dengan karenah jiran yang seolah-olah tidak prihatin sesama jiran. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana jiran ‘selamba’ buat pagar rumah seperti ampaian sendiri.

“jiran aku lagi la sidai dia punya karpet seminggu weh dekat tebing aku.. punya laa sakit mataaku tengok”

“tulis 3 helai RM10 mesti laku..”

“ampaia baju bukan mahal sangat pun.. nak murah beli deat shopee”

Advertisement

 

“jiran saya ni hari-hari dia pergi sidai kain dia dekat pagar saya siap pakej baju dalam seluar dalam”

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel