Friday, October 10, 2025

Atuk Usia 68 Tahun Gigih Cari Rezeki Jadi Penghantar makanan Bikin Netizen Sebak

November 19, 2021
1 min read

Ketika ini sememangnya semua orang bertungkus-lumus mencari pendapatan. Kekangan ekonomi keluarga menjadi punca ramai warga emas masih lagi membanting tulang diluar sana untuk mendapatkan penghasilan.

Rider umur 68 tahun

Siapa yang tidak sedih apabila warga emas yang seusia ibu bapa kita masih perlu gigih bekerja demi sesuap nasi.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @danielashraf1370 apabila memuat naik video seorang lelaki berusia 68 tahun bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Masih kuat dan gigih cari sesuap nasi

Menurut pengguna TikTok itu, dia menemui lelaki tersebut ketika sama-sama sedang melakukan penghantaran menerusi Grabfood. Dapat dilihat warga emas berkenaan tetap kuat berjalan ke sana-sini walaupun keadaan fizikalnya yang sedikit bongkok.

Tak sanggup lihat warga emas bekerja macam ni

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat sosok tua tersebut dan terus teringat akan bapa masing-masing yang sudah berumur di rumah.

Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar warga emas terbabit terus dimurahkan rezeki dan berharap supaya pelanggannya memberikan sedikit tips andai melihat individu tersebut yang menghantar makanan mereka sebagai tanda menghargai usahanya yang tetap gigih mencari rezeki di usia senja.

Mungkin dia tiada sesiapa lagi

Semoga urusan atuk dipermudahkan

Rasa tertampar diri kalau muda2 tak mahu bekerja

Untuk kelangsungan hidup masih gigih cari rezeki

Harap tak ada customer yang bising kalau lambat

Mesti penat kalau kena naik apartment tinggi2

 

Sumber: Ohmymedia & TikTok @danielashraf1370

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

‘Kapal Ini Tak Perlukan Muatan Cakap Kosong’ – Video Tular Misi Sumud Flotilla Coalition Dapat Sokongan Netizen

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila satu perkongsian di TikTok

Lelaki Berang Selepas Ditegur Polis Trafik, Ugut Mahu Buat Laporan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilihat berang selepas ditahan oleh anggota polis