Vios Terbabas Di Karak Dipercayai Berpunca Dari Jalan Licin

Sebuah kereta jenis Toyota Vios mengalami kemalangan akibat terbabas dipercayai berlaku di Lebuh Raya Karak semalam.

Menerusi perkongsian video oleh Taufiq Mahmud yang kini sedang tular di laman sosial Facebook, memaparkan kenderaan tersebut kelihatan bergerak laju di dalam keadaan jalan yang licin akibat baru selepas hujan.

Dalam video yang berdurasi 13 saat itu, pemandu yang memandu kenderaan tersebut kelihatan sangat laju sebelum terbabas sehingga mengakibatkan pelanggaran pada pembahagi jalan raya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa memandu akibat cuaca yang tidak menentu.

Advertisement

“Kenapa bawa laju-laju?, keadaan jalan Karak itu berbukit-bukit ditambah pula dengan jalan yang tengah licin memang akan terbabas kalau tak pegang stereng kuat-kuat,” kata Kamaruddin Sampul.

“Sekarang ini cuaca tengah hujan, saya harap orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu, saya doakan agar pemandu tersebut berada dalam keadaan yang selamat,” ujar Saiful Hasin.

“Selamat keadaan kereta itu tak teruk, dengan cuaca sekarang ditambah pula jalan macam ini rasa seram nak bawa kereta laju-laju, biar lambat asal selamat,” komen Farid Ismail.

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago