Connect with us

Viral

Suami Setia Tak Berganjak Di Sisi Isteri, 3 Tahun Jaga Isteri Terlantar

Pernah tular di media sosial kira-kira 3 tahun lalu kisah seorang wanita yang koma hampir 5 bulan kerana mengalami komplikasi selepas melahirkan anak. Akhirnya selepas 138 hari, Norfadilla Che Par telah sedar dan dapat menatap bayi lelakinya untuk kali pertama.

Allah hadirkan insan berhati mulia jadi suami dia…Bangun pagi bagi susu, tukar lampin, mandikan

Terkini menerusi perkongsian daripada si kakak yang bernama Hasirah Nurjiey, sehingga kini suami kepada adik perempuannya itu masih lagi setia di sisi. Mohd Saiful adalah insan utama yang menjaga serta merawat wanita berkenaan dengan penuh kasih sayang.

Memetik laporan Harian Metro, dia kini menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.

“Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.

Advertisement

Terima kasih adik iparku sanggup mengorbankan jiwa mudamu untuk jaga isteri

Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.

Ketika si isteri masih lagi perlu bergantung kepada tiub untuk minum susu dan memakai lampin pakai buang, lelaki berkenaanlah yang menguruskan kesemuanya. Meskipun bukan mudah, namun Saiful sama sekali tidak mengeluh dengan ujian diberikan untuknya.

Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.

Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.

Advertisement

“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan.

“Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.

“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

@nujiey89semoga kalian berdua bahagia sampai syurga… semoga syurga menanti kamu berdua…♬ suara asli – wpt

Ini semua pasal cinta sejati…Syurga tempat awak wahai suami, terima kasih jaga isteri

Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.

Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.

Advertisement

“Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.

“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.

“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.

Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.

Advertisement

Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.

“Dia (Norfadila) mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.

“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.

“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.

“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terharu melihat pengorbanan seorang suami. Selain memuji kesetiaan lelaki berkenaan, ramai juga yang mendoakan kesembuhan serta kesihatan wanita tersebut. Secara keseluruhannya, rakaman tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan.

Sumber: TikTok, Facebook Hasirah Nujiey & Harian Metro

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel