Connect with us

Viral

Polis Sahkan Pemandu Treler Wanita Tampil Buat Laporan, Nyaris Gilis Penunggang Motorsikal Yang Sedang Isi Angin

Pemandu treler yang dipercayai nyaris menggilis seorang pemuda yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal, treler berkenaan dipandu seorang wanita berusia 35 tahun.

“Pada 8.30 pagi tadi, berlaku satu kemalangan di perkarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman membabitkan sebuah treler dan penunggang motosikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu treler itu membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak dan melanggar penunggang motosikal yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Advertisement

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal lelaki yang berusia 29 tahun itu tertolak ke kiri dan hampir tergilis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata, akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan sedang mendapat rawatan di pusat perubatan swasta.

“Penunggang motosikal terbabit akan hadir membuat laporan selepas mendapat rawatan.

“Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes terbabit masih dalam siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian sebenar.

Advertisement

“Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel