(Video) Padah Rampas Tas Tangan Wanita Lepas Terlibat Kemalangan, Lelaki Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mengambil beg tangan dari kenderaan wanita yang terlanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

“Siasatan mendapati kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku jam 1.33 tengah hari tadi, membabitkan tiga kenderaan.

“Wanita berkenaan yang memandu kereta BMW dikatakan terlanggar belakang sebelah kanan Proton Gen 2 dipandu lelaki terbabit di hadapannya.

Advertisement

“Pelanggaran menyebabkan kereta lelaki berusia 56 tahun itu terlanggar sebuah kereta jenis Honda HRV di hadapan yang dipandu seorang wanita.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Baharudin berkata, polis turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan diminta membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Sarjan Hafizi Hashim (013-9557042)

Terdahulu, klip video berdurasi satu minit 30 saat tular di media sosial, memperlihatkan pemandu lelaki itu meminta kad pengenalan wanita pemandu BMW terbabit selepas kemalangan berkenaan.

Advertisement

Suasana bertukar menjadi tegang dengan pertengkaran dan berdasarkan video yang dipercayai dirakam wanita terbabit, lelaki itu dilihat merampas beg tangan dalam BMW sebelum diletak dalam keretanya.

Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa turut dicederakan oleh lelaki berusia 56 tahun terbabit ketika mereka bertengkar.

Sumber: BH Online

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago