Connect with us

Hiburan

Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Dilepas Tanpa Bebas

Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail,26, terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau menetapkan 21 Disember ini bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling memaklumkan representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan sebelum ini telah dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui media berkata, beliau berpuas hati apabila pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap anak guamnya.

Advertisement

“Representasi kami telah pun diterima Jabatan Peguam Negara. Kes ini bukanlah perkara besar tetapi dibesar-besarkan.

“Kita agak gembira dengan keputusan ini walaupun kita rasa boleh menang dengan cara mudah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang disabitkan,” katanya.

Katanya, tindakan kompaun akan dikenakan terhadap anak guamnya sama ada pada Rabu atau Khamis.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel