Connect with us

Jenayah

Polis Jalankan Siasatan Terhadap Video Tular Pengasuh Baling ‘Parcel’ Atas Bayi

Tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan beberapa orang individu dipercayai pengasuh sebuah pusat taska sedang ‘membuli’ beberapa orang kanak-kanak termasuk seorang bayi.

Dalam video tersebut memperlihatkan wanita dipercayai pengasuh menarik rambut kanak-kanak dan mencampakkan objek berupa bungkusan ke atas bayi.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna laman Facebook yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia telah meluahkan rasa sedih akan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Pos dekat sini la sebagai kenangan. Nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia.”

Advertisement

“Semoga Allah pelihara anak-anak syurga yang lain. Aku selalu tengok dekat anak orang ja. Sekali anak aku yang kena. Aku dah cukup baik.”

Berdasarkan klip video itu, kelihatan seorang wanita telah bertindak membaling sebuah objek seakan-akan parcel pada bahagian belakang bayi yang sedang merangkak itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah objek yang dilemparnya, namun dalam keadaan seperti itu, ia seakan-akan tidak patut berlaku.

Menurut sumber, video tersebut dipercayai telah dirakam secara sembunyi oleh seorang ahli keluarga kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan tersebut.

Advertisement

Sebelum kejadian itu berlaku, kelihatan seorang lagi wanita yang lain turut menarik rambut serta menolak kepala seorang budak lelaki dengan agak kasar.

Sudah terima laporan, polis giat jalankan siasatan

Berhubung dengan perkara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah pun menerima laporan mengenai kejadian itu semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sebuah taska di Bayan Baru, Pulau Pinang yang mana pusat jagaan itu menempatkan kanak-kanak termasuklah bayi.

Kata Kamarul, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes penganiayaan terhadap seorang bayi itu dengan lebih terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Rata-rata warganet berasa kesal dengan tindakan pengasuh tersebut dan meluahkan rasa geram.

Advertisement

Setiap ibu bapa pasti mahukan keselamatan anak yang ditinggalkan sementara di taska dan pusat jagaan berada dalam keadaan selamat.

Diharapkan anak-anak yang ditinggalkan bersama pengasuh dapat dijaga dengan baik oleh pengasuh masing-masing.

Jalankanlah tugas dengan amanah dan penuh rasa bertanggungjawab.

Sumber: Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri I Utusan Harian

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel