Connect with us

Sukan

“Saya ada sesak nafas” – Netizen Tuntut Janji Lelaki Nak Bogel Dari KL Ke Johor Selepas JDT Kalah Piala Malaysia

Umum mengetahui pasukan bola sepak KL City FC semalam mencipta sejarah apabila berjaya menundukkan gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan itu sekaligus menamatkan penantian 32 tahun The City Boys selepas kali terakhir menjulang piala berprestij itu tahun 1989.

Keputusan ini ternyata mengejutkan banyak pihak baik penyokong JDT mahupun penyokong pasukan bola sepak lain memandangkan skuad Harimau Selatan itu merupakan juara bertahan dan pilihan utama untuk bergelar juala Piala Malaysia bagi edisi ke-100 tahun.

Namun kekalahan ini pastinya memberikan tamparan hebat kepada seorang penyokong JDT yang videonya tular di mana dia memaklumkan akan pulang ke Johor dalam keadaan berbogel sekiranya KL City mampu menundukkan pasukan kegemarannya.

Advertisement

“Tolong cari mamat ni”

Sehubungan itu seorang pengguna Twitter, MO. Anuar telah meminta orang ramai untuk mengesan pemuda berkenaan bagi menagih janjinya.

“Sesiapa boleh carikan mamat ni. Dapat sampai Ayer Keroh pun ok,” ciap Mo. Anuar.

Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian para netizen yang berharap pemuda berbaju kuning itu akan menunaikan janjinya.

Advertisement

Namun tidak lama kemudiannya, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu lagi tangkap layar dipercayai pemuda tersebut bersama kenyataan ringkas memohon maaf kerana tidak dapat mengotakan janjinya.

Terus sesak nafas

Menerusi perkongsian M.K Izuddin, pemuda berkenaan dipercayai mengalami sesak nafas justeru tidak dapat menunaikan apa yang dikatakannya.

“Minta maaf.. tak jadi bogel KL ke Johor, saya ada sesak nafas.” tulis pada kenyataan tersebut.

Advertisement

Sementara itu dalam ruangan komen seorang netizen Mohd Firdaus menulis “Netizen tak minta banyak. Bogel depan tol Sungai Besi je, kira setellah hutang. Liee Hiro berkata ‘Bogel ngan sesak nafas tak de kena mengena pun..hahaha sembang.”

Manakala Muhd Hamizi Mizi berkata, “Jangan mungkir janji tu bang hukumnya berdosa.

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel