Connect with us

Politik

“Tidak disebut nama, dijemput ke padang malam tadi” – Shahidan Luah Rasa Kecewa Meskipun KL City Juara

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim meluahkan kekecewaannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau memuat naik sebuah kapsyen menyatakan perasaan kecewanya apabila kehadiran beliau seakan tidak disedari oleh pihak penganjur.

“Semalam saya hadir perlawanan bola sepak Kuala Lumpur City (KL City) lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi pengacara tidak jemput saya turun ke padang malah tidak juga menyebut nama saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shahidan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan KL City di atas kemenangan sulung mereka selepas 32 tahun.

Advertisement

Namun begitu, menerusi hantaran berbeza, Shahidan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjemput pemain KL City untuk diberikan saguhati bagi menghargai usaha mereka.

“Pemain-pemain KL City akan mendapat hadiah nanti, saya akan jemput mereka tidak lama lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, kemenangan pasukan KL City meraikan piala malam tadi turut disertai oleh Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Annuar Musa bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad.

Sumber: Kosmo!

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel