Kanak-kanak Lima Tahun Maut Dengan Kecederaan Di Mulut & Lebam Seluruh Badan Dipercayai Didera Ibu Kandung

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Johor Bahru dilapor meninggal dunia disyaki akibat didera oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihak Polis Johor Bahru Selatan telah menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengenai kematian kanak-kanak tersebut kira-kira 12.20 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek iaitu ibu kandung dan bapa angkatnya serta seorang adik dan kakak.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa dapati cedera di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Dalam pada itu, Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor turut menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, selain batang kayu dan poly pipe di atas sofa berserta kesan darah di rumah suspek.

Difahamkan, kesemua barangan tersebut telah dirampas untuk tujuan siasatan.

“Pemeriksaan awal oleh pihak HSA terhadap mangsa mendapati mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Post mortem akan dijalankan pada 4 Disember 2021 pada jam 9 pagi di bilik mayat HSA, Johor selepas keputusan swab test COVID-19 mangsa diperolehi,” tambahnya.

Katanya, kedua-dua suspek iaitu ibu kandung mangsa serta ayah angkatnya telah ditangkap untuk membantu siasatan.

Advertisement

“Pemeriksaan rekod lampau terhadap suspek mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan empat rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” jelasnya.

Sumber: FB Polis Daerah Iskandar Puteri

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Wanita tergamak heret mayat bapa saudara masuk bank semata-mata untuk sain permohonan pinjaman

Seoranbg wanita Brazil ditahan selepas bertindak membawa masuk mayat seorang lelaki dengan berkerusi roda ke… Read More

19 hours ago

Sakit hati suami bagi mas kahwin palsu, wanita nekad tuntut cerai

Seorang wanita yang dikenali sebagai Syifa mengakui tidak sangka bahawa suami yang baru dinikahinya itu… Read More

1 day ago

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemukan Maut Dalam Keadaan Berlumuran Darah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail… Read More

2 days ago

Jurutera Saman hospital RM55 juta akibat hilang dua kaki

Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU)… Read More

3 days ago

Mengejutkan, Paderi Australia Ditikam Ketika ‘Live’

SYDNEY -- Seorang paderi dilaporkan telah ditikam sewaktu melakukan siaran langsung di sebuah gereja hari… Read More

3 days ago

Rahsia gelap terbongkar, anak dedah bapa simen jasad ibu belakang tandas

Penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah membongkar satu rahsia gelap yang disimpan kemas sebuah keluarga… Read More

3 days ago