Pegawai Kanan Polis Ditahan, Mengamuk & Cederakan Anggota

Georgetown: Pegawai kanan polis ditahan selepas mengamuk, membuat bising dan mencederakan anggota polis dalam kejadian di Lebuh Queen di sini, hari ini.

Difahamkan, pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak itu dikatakan membuat bising di hadapan hotel pada 1.40 pagi.

Lelaki yang cuba ditenangkan anggota polis yang ke tempat kejadian kemudiannya bertindak agresif dan cuba menyerang anggota berkenaan.

Menurut sumber, anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan pada kaki, manakala seorang Koperal pula cedera di tangan selepas diserang lelaki itu dalam kejadian terbabit.

Advertisement

Lelaki berusia 35 tahun itu kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, beberapa video mengenai suspek tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Lelaki berbaju warna hitam serta berseluar panjang itu dikatakan berada dalam keadaan mabuk selain kaki kanannya didapati berbalut dirakam mengeluarkan kata-kata kesat di lokasi terbabit.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

“Kalau Boleh Aku Nak Korek Balik Kubur Mak Kau!” – Ibu Saudara Tuduh Calarkan Kereta, Halau Keluar 3 Beradik Yatim

Baru-baru ini, tular di platform TikTok satu video yang ditularkan oleh seorang pengguna @Haziq telah… Read More

1 day ago

Wanita tergamak heret mayat bapa saudara masuk bank semata-mata untuk sain permohonan pinjaman

Seoranbg wanita Brazil ditahan selepas bertindak membawa masuk mayat seorang lelaki dengan berkerusi roda ke… Read More

2 days ago

Sakit hati suami bagi mas kahwin palsu, wanita nekad tuntut cerai

Seorang wanita yang dikenali sebagai Syifa mengakui tidak sangka bahawa suami yang baru dinikahinya itu… Read More

3 days ago

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemukan Maut Dalam Keadaan Berlumuran Darah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail… Read More

3 days ago

Jurutera Saman hospital RM55 juta akibat hilang dua kaki

Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU)… Read More

4 days ago

Mengejutkan, Paderi Australia Ditikam Ketika ‘Live’

SYDNEY -- Seorang paderi dilaporkan telah ditikam sewaktu melakukan siaran langsung di sebuah gereja hari… Read More

4 days ago