Connect with us

Global

Rakaman Situasi Sebenar Lelaki Maut Disedut Masuk Dalam Paip Air Besar Sedang Dibaikinya

Seorang pekerja projek saluran paip air di Bandar Taichung, Taiwan dilaporkan maut selepas disedut ke dalam lubang yang baru dibuatnya pada Selasa lalu.

Memetik laporan portal Taiwan English News, lelaki berusia 50 tahun itu bekerja dalam projek penggantian saluran paip bersama Taiwan Water Corporation di daerah Tanzi. Kejadian yang dirakam oleh seorang individu itu telah menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, mangsa dilihat sedang berdiri di atas paip besi dan telah menggunakan tukul bongkah untuk mengetuk penutup lubang yang berukuran 60×40 cm.

Pun begitu, apabila penutup tersebut dilihat telah pecah dan membuatkan mangsa hilang keseimbangan dan ‘disedut’ ke dalam paip air itu.

Advertisement

Rakan-rakan sekerja mangsa telah berusaha untuk menyelamatkannya dan menariknya keluar dari paip itu, namun mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, Kementerian Buruh dan agensi lain yang berkaitan sedang menyiasat mengenai kejadian itu.

 

Sumber: Taiwan English News

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel