Connect with us

Terkini

(Video) Ajal Sewaktu Bercuti Di Bentong, Remaja Didakwa Meninggal Terkena Serangan Jantung Selepas Masuk Rumah Hantu

Seorang remaja lelaki didakwa meninggal dunia akibat serangan jantung selepas memasuki ‘rumah hantu’ dipercayai ketika bercuti bersama ahli keluarga di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang pada tengah hari Rabu lalu.

Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah, Mr Wan Cai berkongsi kisah pemergian mangsa, Muhammad Suhairil di laman Facebook dari awal sehingga arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Baru, Melaka malam tadi.

Menurut Mr Wan Cai, remaja berusia 16 tahun itu melalui percutian dengan penuh kegembiraan selama tiga hari dua malam sebelum berakhir dengan tragedi apabila menghembuskan nafas terakhir pada hari ketiga.

Rajin bantu ibu bapa cari rezeki

Bercerita lanjut, Mr Wan Cai berkata, anak kelima dari enam adik-beradik itu dibawa ke sebuah klinik berdekatan selepas berlaku kejadian tersebut namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba bagi menerima rawatan lanjut.

Advertisement

Difahamkan, Allahyarham Muhammad Suhairil kemudiannya dihantar ke Hospital Bentong untuk menjalani proses bedah siasat.

Kami jalankan amanah diberi bapa arwah

Terdahulu, Mr Wan Cai memuat naik sebuah video kejadian memaparkan mangsa terkulai dan tidak sedarkan diri sebelum kedengaran suara meminta pertolongan daripada kakitangan ‘rumah hantu’ berkenaan.

Rakaman video ini dibuat ketika kejadian serangan jantung berlaku terhadap seorang lelaki berusia 16 tahun..

Kejadian malang yang menimpa adik muhammad Suhairil itu berlaku disebuah pusat peranginan terkenal di Bentong Pahang..

Arwah dikatakan mengalami serangan jantung dan meninggal dunia ditempat kejadian ketika berada didalam rumah hantu tersebut..
Mungkin disebabkan faktor terkejut..

Advertisement

Tetapi apa yang telah berlaku terhadap adik Muhammad Suhairil hanyalah asbab kepada kematiannya..

Difahamkan arwah pergi ke pusat peranginan tersebut bersama keluarga rakan baiknya untuk bercuti..

Percutian yang dirancang berakhir dengan sebuah tragedi..

Bapa kandung arwah telah menghubungi rakan² UKVJ Melaka bagi meminta bantuan pengurusan untuk jenazah anak lelakinya..

Insha Allah pengurusan untuk jenazah arwah akan kami bantu pada esok pagi..

Advertisement

Team UKVJ Sabak Bernam akan menuntut jenazah dibilik forensik Hospital Bentong..

Pengurusan mandi dan kafan akan kami lakukan dibilik wakaf Jannatul Firdaus..

Penghantaran jenazah ke Melaka pula akan dibantu oleh rakan² UKVJ Melaka..

Kami bantu mudahkan urusan terakhir untuk arwah.

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel