Connect with us

Sukan

Vietnam Luah Rasa Kecewa Pasukannya Tak Dapat Makan Daging Babi Di Piala AFF 2021

JAKARTA: Pelatih Vietnam, Park Hang Seo kecewa setelah pasukannya tidak mendapat kesempatan makan daging babi selama Piala AFF 2021 (2020) di Singapura.

CNN Indonesia melaporkan, pasukan yang digelar Golden Star Warriors itu tiba di Singapura pada Rabu lalu setelah menjalani pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Walaupun tiba awal, Vietnam tidak mendapat apa yang mereka inginkan semasa berada di Singapura.

Dalam sidang akhbar menjelang permulaan Piala AFF 2021, Park Hang Seo mendedahkan kekangan makanan yang mereka peroleh di Piala AFF.

Advertisement

“Hari ini saya bertemu dengan pemain. Selain keletihan secara fizikal, mental dan psikologi pemain juga semakin lelah.

“Harus hidup dengan perjalanan terbatas, dan makan minum juga bermasalah,” katanya.

Menurutnya, salah satu kekecewaan Vietnam adalah soal makanan di Piala AFF yang diungkapkan pelatih asal Korea Selatan itu adalah tidak dapat makan daging babi.

“Vietnam suka makan babi, sampai ke hari ini kami semua harus makan ayam. Saya fikir urusetia harus lebih fleksibel dan mengatur makanan lebih tepat,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel