Connect with us

Hiburan

Vokalis Kumpulan Rock Terkenal Gmie Screen Meninggal Dunia

Penulis skrip yang juga merupakan vokalis kepada kumpulan rock terkenal tanah air Screen, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim meninggal dunia, lapor Astro Awani.

Allahyarham yang berusia 50 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat penyakit buah pinggang.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh anaknya, Siti Hadirah, Allahyarham kurang sihat dan hilang selera makan sejak beberapa hari sebelumnya.

Malah, Allahyarham juga dilapor pengsan di rumah sebelum ahli keluarganya menghubungi ambulans.

Advertisement

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah dalam kiriman yang dibuatnya melalui Instagram kepada Astro Awani.

Allahyarham merupakan penyanyi kepada beberapa buah lagu terkenal Screen yang menjadi siulan sehingga ke hari ini antaranya Bila Cinta Didusta dan Bila Dah Jemu Kita Ditinggalkan.

Selain itu, Allahyarham kembali menempa nama menerusi penyertaan di dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.

Berkaitan penyakit buah pinggang yang dialaminya, pengurus peribadi, Fuad Syahrin Misbah berkata Allahyarham diuji dengan penyakit itu selama hampir dua tahun.

Advertisement

Namun, Allahyarham tidak mahu menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum.

“Beliau tidak mahu kawan-kawan dan peminatnya terlalu memikirkan penderitaan yang dilalui. Selagi boleh melaluinya, Allahyarham tidak mahu susahkan sesiapa,” kata Fuad.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel