Connect with us

Viral

‘Kami menyesal, toIong jangan buat report poIis’ – Suspek Kes Buli Dah ‘Goyang’, Dakwa Mula Merayu Minta Maaf

Selepas tular sebuah rakaman video buli yang memaparkan beberapa remaja yang juga pelajar di sebuah sekolah asrama di Perak, kini tersebar pula beberapa perkongsian tangkap layar dalam grup WhatsApp menunjukkan pelaku memohon maaf dan merayu agar perbuatan mereka tidak dilaporkan kepada polis.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aizuddin Ismail di laman Facebooknya, beberapa orang pelajar itu menyuarakan rasa menyesal dengan tindakan membuli rakan mereka dan berharap pihak keluarga tidak mengambil tindakan selanjutnya.

“Kami semua nak mintak maaf sangat-sangat dekat pihak kau (mangsa) terutama kau, ibu bapa kau dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat tu salah sangat-sangat.

“Saya (pelaku) sedar apa yang saya buat itu salah, dan saya sangat-sangat menyesal perbuatan kami itu memang patut dicela, dimaki dan dihukum, tapi kami masih ingin ada masa depan, maafkan kami mak cik dan pak cik dan juga kau (mangsa), kami sedar apa kami buat itu salah,” kata pelaku menerusi mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, perbualan tersebut menunjukkan kesemua pelaku benar-benar menyesal dengan tindakan dan perbuatan yang mereka lakukan kepada mangsa.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai memberi pandangan menerusi ruang komen agar pihak keluarga mangsa mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelaku untuk dijadikan pengajaran

“Kalau anak saya, kau minta maaflah macam mana pun, laporan tetap dibuat. Kes buli ini perlu dipandang serius dan tindakan yang sewajarnya perlu untuk pelaku sebagai pengajaran,” kata Maisara.

@malaysianupdatenewsPihak polis dilaporkan sudah membuka kertas siasatan mengenai kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah berasrama di negeri Perak.##beritaditiktok♬ original sound – Malaysian Update

“Orang yang suka membuli ini mana ada perasaan, dia tak fikir mangsa buli akan trauma dan dapat gangguan emosi seumur hidup, tindakan perlu diambil untuk mereka,” komen Wan Putra pula.

“Buat sahaja laporan polis, jangan biarkan mereka terlepas dengan maaf,” ujar Safuan Sani.

Sumber: Kosmo!

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel