Connect with us
MakesScents Perfume

Global

(Video) Remaja Menggelupur ‘Histeria’ Atas Jalan Selepas Ayah Lempar Telefonnya Kerana Kecewa Tahu Si Anak Sedang Bercinta

Aksi seorang remaja perempuan yang menangis histeria sehingga berbaring di atas jalan menjadi tular di media sosial.

Difahamkan bahawa remaja itu menangis kerana telefon bimbitnya telah dibuang oleh ayahnya sendiri.

Dalam video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @memomedsos, tampak seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa kepada remaja perempuan itu telah membuang telefon bimbit miliknya ke dalam kawasan sawah berdekatan.

Lelaki itu dapat dilihat seakan sedang ‘naik darah’ ketika mencampakkan telefon bimbit anaknya.

Menurut maklumat yang tersebar, remaja itu menangis histeria gara-gara bapanya telah membuang telefon bimbit kesayangannya. Hal itu dilaporkan terjadi kerana si bapa kecewa selepas mengetahui anaknya sedang bercinta.

“Dipercayai lelaki itu marah kerana anaknya diketahui sedang bercinta,” tulis akaun tersebut.

Dalam video yang dirakam oleh seseorang yang berada di dalam kereta itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna hijau telah memberhentikan penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Selepas itu, dia segera mengambil telefon bimbit milik remaja perempuan yang sedang membonceng salah satu motosikal tersebut. Tidak lama kemudian, lelaki itu terus berjalan ke arah sawah dan segera mencampakkan telefon bimbit remaja itu ke kawasan sawah.

“Dengan penuh rasa marah, lelaki itu kemudiannya mencampakkan telefon bimbit gadis itu ke kawasan sawah,” tambahnya.

Melihat apa yang dilakukan oleh bapanya, remaja perempuan tersebut secara tiba-tiba telah turun dari motosikal dan merebahkan badannya ke atas tanah.

Dia kemudiannya menangis seakan diserang histeria dengan berguling-guling di tepi jalan selepas melihat bapanya mencampak telefon bimbitnya ke dalam kawasan sawah.

Setelah kejadian tersebut menjadi tular, warganet telah memberikan pelbagai komen. Ramai warganet yang memihak kepada lelaki yang merupakan bapa kepada remaja itu.

“Dari video tersebut, dapat dilihat betapa beratnya beban dan tanggungjawab insan yang bergelar bapa,” tulis seorang warganet.

“Bagus bapanya bertindak tegas, zaman sekarang ni, di bangku sekolah rendah lagi ada yang telah hamil. Zaman sekarang ni perlu jaga anak betul-betul,” tulis seorang lagi.

“Bapa yang baik. Jangan diam tengok budak lelaki naik dengan perempuan. Zaman sekarang ramai ibu bapa yang acuh tak acuh tentang ke mana anak pergi dan bersama siapa. Nasib baik budak perempuan tu ada ayah yang ambil berat dan marah tengok dia naik dengan lelaki. Sentiasa sihat ya tuan,” kata warganet lain.

“Ibu bapa bersusah payah mahu masa depan anak-anak mereka cerah,” ujar warganet.

“Nampak sangat si ayah kecewa. Tapi mental anaknya juga yang terjejas kerana malu,” tambah seorang warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: BeritaHits.id

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!
Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel