Connect with us

Global

(Video) Geram Kena Ragut, Wanita Balas Dendam Bawa Lari Motosikal Peragut

Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita di Indonesia ‘membalas dendam’ dengan melarikan sebuah motosikal milik peragut yang meragut beg tangannya.

Sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram @memomedsos, kelihatan seorang wanita yang dikenali sebagai Syania telah diragut oleh dua orang lelaki semasa tengah berjalan menuju ke pejabatnya.

Berdasarkan video yang dikongsikan, ketika Syania sedang asyik berjalan menuju ke pejabat, tiba-tiba ada dua orang lelaki menaiki motosikal telah berhenti di tepi jalan dan salah seorang daripadanya meragut beg tangan berwarna hitam milik Syania.

Syania cuba untuk tidak melepaskan beg tangannya itu, namun dia tidak berjaya apabila seorang lagi perompak turut turun dari motor dan membantu rakannya.

Advertisement

Syania kemudian lari ke arah motosikal dua perompak itu dan melarikan motosikal yang ditinggalkan itu. Perompak tersebut kelihatan resah selepas melihat motosikal yang ditunggang mereka dibawa lari.

Namun, ada yang mengatakan itu hanyalah ‘prank’ semata-mata dan ada juga yang percaya bahawa itu adalah situasi benar, tidak direka-reka.

@malaysianupdatenewsGeram Kena Ragut, Wanita Balas Dendam Bawa Lari Motosikal Peragut. ##beritatiktok ##viralnewsmalaysia ##malaysianupdate

♬ original sound – Abdul

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel