Connect with us

Kemalangan

Kemalangan Tragis: Ibu Dan 8 Maut Serentak, Rupanya Masih Ada Anak Ke Sembilan

Tular di media sosial mengenai kemalangan yang berlaku malam tadi, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam yang melibatkan 10 orang maut, termasuk ibu kepada Faiz dan 8 daripadanya merupakan adik-beradik Faiz.

Menerusi laporan Harian Metro, Faiz, 14, merupakan anak kepada mangsa kemalangan, iaitu Norul Naziah, tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu dan lapan adik-beradiknya serentak dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan yang berlaku jam 11.45 malam tadi telah meragut nyawa ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan adik-beradiknya yang lain selepas Proton Wira yang dinaiki keluarganya terperosok di bawah sebuah treler.

Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah pemuda bernama Muhamad Rahimi Rolex, 27 tahun.

Advertisement

“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya” kata Faiz.

Suami kepada Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50 tahun terselamat dalam kemalangan itu dan tiga mangsa lain hanya mengalami kecederaan.

Lebih mendukakan, adik kepada Norul Naziah yang dikenali sebagai Nurul menyatakan, seminggu sebelum pemergian kakaknya, mangsa ada menanyakan soalan yang pelik kepadanya.

“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya.”

Menurut Nurul, Norul Naziah ada mengirimkan mesej dan audio di WhatsApp pada jam 10.18 malam tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin di Melaka. Mesej itu memberitahu bahawa kereta mereka rosak selepas dimasuki air akibat dari hujan lebat dan banjir.

Advertisement

“Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kemalangan serta meninggal dunia di tempat kejadian.”

“Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut meninggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat.”

Nurul tiba di tempat kejadian pada jam 12.46 malam tadi tetapi tak sanggup nak lihat keadaan kakaknya itu dan terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Memang sebak dengan berita pemergian keluarga ini. Semoga adik Faiz dan ayahnya kuat dengan ujian yang melanda mereka. Semoga mangsa-mangsa kejadian ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah diucapkan buat Faiz sekeluarga.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel