Connect with us

Viral

“Ya, Kita Nak Pergi Mama Kahwin” – Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri, Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

Tular kisah seorang lelaki yang membawa anaknya menghadiri majlis pernikahan bekas isteri telah menarik perhatian netizen di laman sosial TikTok.

Biarpun sudah membawa haluan masing-masing, lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Asraf Firdaus itu masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya dan membuktikan perceraian tidak menjadi sebab untuk bermusuhan.

Bercerai bukan satu fasa untuk bermusuh, sebaliknya masih terdapat ramai individu yang menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan terutama untuk kasih sayang dan masa depan anak-anak.

Bagi Mohd Asraf Firdaus, dia menyambut baik perkhabaran mengenai bekas isterinya yang bertemu jodoh lagi dengan membawa anak lelaki mereka Muhammad Aisy Firash ke majlis pernikahan wanita tersebut baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, dia yang juga seorang tukang gunting rambut profesional dilihat menyediakan pakaian untuk anak lelakinya yang berusia empat tahun itu sebelum hadir ke majlis berkenaan.

“Kita nak pergi dekat mama kahwin. Aisy kena pakai baju ni,” tulisnya.

Sedondon anak beranak berona ‘gold’, Mohd Asraf turut merakam momen di atas pelamin bagi meraikan sekali gus sempat mengusik dengan meminta pasangan pengantin memegang tangan antara satu sama lain.

Selepas itu, dia dilihat seolah-olah mengesat air mata bahagia selepas teruja bagi meraikan hari bahagia pasangan mempelai tersebut.

Lihat video

“Papa doakan semoga bahagia dunia hingga ke syurga untuk mama dan ayah baru awak Aisy,” luahnya.

Video berdurasi 19 saat itu menerima 1.3 juta tontonan selain hampir 1,300 komen netizen yang rata-rata memuji hubungan baik lelaki itu dengan bekas isterinya tanpa berasa kekok demi anak tersayang.

Advertisement

Difahamkan, Mohd Asraf yang memiliki saluran YouTube sendiri juga telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Rabiatu Adawiyah.

Sumber: TikTok @mohdasraffirdaus

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel