Connect with us

Politik

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan meninggal dunia di rumah anaknya

Menurut Astro Awani, anak Allahyarham, Nornekman ketika dihubungi berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.45 malam tadi.

Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu pernah meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya. Tambah Nornekman memetik laporan Astro Awani, Allahyarham sebelumnya berada dalam pemerhatian rapi.

Pertengahan November lalu, media tempatan sempat melaporkan keadaan kesihatan Allahyarham yang semakin membaik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor akibat serangan strok ringan.

Advertisement

Allahyarham Osman pernah menjawat sebagai Menteri Besar Johor Ke-16 dari bulan Mei 2018 sebelum meletakkan jawatan pada April 2019. Allahyarham juga sempat berkhidmat sebagai ADUN bagi daerah Kempas sejak November 1999.

Sumber: Astro Awani

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel