Connect with us

Global

Indonesia Tak Benarkan Bot Bawa Puluhan Pelarian Rohingya Mendarat

BIREUN, INDONESIA: Bot membawa puluhan pelarian Rohingya terkandas di lautan kerana tidak dibenarkan mendarat ke pesisir pantai wilayah Acheh, Indonesia, sekali gus mereka dihalau ke perairan Malaysia, kata pihak berkuasa hari ini.

Sekurang-kurangnya 100 orang kebanyakan wanita dan kanak-kanak berada atas bot kayu dinafikan untuk memasuki Indonesia dan dihalau ke negara Asia Tenggara lain.

Meskipun terdapat gesaan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR), pihak berkuasa Indonesia cuba menghantar kumpulan itu semula ke perairan selepas menyalurkan bekalan makanan, pakaian serta minyak.

Bot mereka yang rosak turut dibaiki oleh pihak berkuasa Indonesia.

Advertisement

“Kami harap (bekalan) dapat membantu Rohingya meneruskan perjalanan mereka ke Malaysia seperti dirancang dan mereka hasratkan,” kata jurucakap polis Acheh, Winardy kepada AFP.

Tambah Winardy, pihaknya juga akan memantau pergerakan mereka sehingga sampai ke destinasi ditujui.

Kelibat bot kayu terbabit mula kelihatan dua hari lalu, terkandas sekitar 70 batu nautika dari pesisir pantai Indonesia, menurut komandan tentera laut negara itu.

‘Layanan’ pihak berkuasa Indonesia terhadap pelarian Rohingya tidak ‘sekeras’ Malaysia atau Thailand, sebaliknya mereka selalu menerima ketibaan melalui jalan laut.

Sehubungan itu, Amnesty International dan UNCHR menggesa kerajaan untuk membenarkan pelarian Rohingya yang terkandas untuk mendarat.

Advertisement

“Ini membabitkan nyawa dan kematian. Terdapat wanita dan kanak-kanak, kita mesti beri perhatian terhadap kesihatan mereka,” kata Pengarah Amnesty International Indonesia, Usman Hamid dalam satu kenyataan.

UNCHR turut menggesa Jakarta membiarkan penumpang bot turut, mengambil kira keadaan bot berkenaan.

Ketua komuniti nelayan tempatan, Badruddin Yunus, berkata nelayan yang pergi ke bot berkenaan mendapati terdapat 120 orang diatasnya, termasuk 41 kanak-kanak dan 60 wanita.

Katanya, enjin bot berkenaan rosak dan pelarian tidak dapat berkomunikasi dengan nelayan tempatan kerana kekangan bahasa.

Tahun lalu, ratusan warga Rohingya tiba di Indonesia selepas melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar, negara majoriti penganut Buddha.

Advertisement

Ramai juga yang melarikan diri ke Malaysia. Terdapat lebih 100,000 Rohingya di negara terbabit. – AFP

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel