Connect with us

Global

Persatuan Dukun Indonesia Buat Ritual ‘Samar Wulu’ Mohon Thailand Kalah

Persatuan bomoh Indonesia atau dikenali sebagai Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) dilaporkan mengadakan ritual istimewa untuk mendoakan kemenangan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 menentang Thailand.

Memetik laporan Detik News, ritual yang dipanggil sebagai Samar Wulu itu dianggap sebagai salah satu bentuk sokongan sebagai rakyat Indonesia.

Pengerusi Perdunu, Abdul Fatah Hasan berkata pihaknya sengaja mengadakan ritual supaya pasukan bimbingan Shin Tae-yong menang menentang Thailand pada aksi pertama final.

“Ritual ini dilakukan kerana kami sangat berharap Indonesia boleh menang.

“Ada upacara khas, ritualnya adalah ritual Samar Wulu, ia khusus untuk menolak bala dan mendoakan kemenangan pasukan negara ,” katanya.

Difahamkan, Samar Wulu diadakan sebelum matahari terbenam atau menurut orang Jawa ketika sahur.

Ia diadakan di Kedaton Perdunu yang merupakan ibu Pejabat Perdunu.

“Perkara besar seperti perlawanan bola ini perlu dilakukan di ibu pejabat dan melibatkan ramai orang,” ujar Abdul Fatah.

Tambahnya, hanya doa penutup ritual yang akan disiarkan secara langsung.

Dalam aksi final pertama Piala AFF 2020 malam tadi, Indonesia telah ‘dibelasah’ Thailand 4-0. Namun, pasukan Garuda itu masih lagi boleh menebus kekalahan tersebut di perlawanan kedua yang berlangsung pada Sabtu ini.

Sumber: Detik News

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel