Connect with us

Global

Bintang Tiktok Terkenal Ditemui Mati, Kongsi Video Terakhir Ketika Sedang Memasak

Bintang Tiktok terkenal berusia 36 tahun ditemui mati secara mengejut, beberapa jam selepas mangsa berkongsi beberapa video di laman sosial berkenaan menunjukkan dia sedang memasak makan malam dan beberapa kucing miliknya.

Memetik laporan Daily Mail, punca kematian isteri dan ibu kepada seorang anak ini masih belum diketahui, namun beberapa hari sebelum itu mangsa didapati memuat naik sebuah video mendakwa ‘suara dalam fikirannya telah lenyap.’

Kakak mangsa yang dikenal sebagai Marsha berkata, pemergian mangsa yang tidak dijangka itu merupakan kehilangan besar buat rakan dan ahli keluarga mereka.

”Kami telah menerima berita yang tiada siapa mahu dengar. Malam ini kami kehilangan sebahagian besar keluarga kami, adik saya.

Advertisement

”Ini sangat tidak dijangka, dan hati kami hancur. Adik saya menikmati sepenuhnya kehidupan dan sentiasa menjalani hidup dengan caranya sendiri.

”Dia mempunyai peminat tersendiri, jom kita lihat kembali semua videonya dan simpan sebagai kenang-kenangan untuk memastikan kita tersenyum ketika kita menghadapi kehilangan tragis ini. Dia akan sangat dirindui oleh ramai orang,” tulis Marsha.

Berdasarkan komen oleh warganet di TikTok, ada di antaranya yang menyatakan bahawa dia sebelum itu telah menjadi mangsa pembulian di internet dengan komen berbaur kebencian.

”Daripada membenci dan membuli, tunjukkan kasih sayang dan positiviti. Saya minta orang ramai berhenti dengan membuli,” tulis seorang individu.

”Saya berdoa mereka yang menjatuhkannya setiap hari kini memikirkan semula tindakan mereka terhadap seseorang yang berjuang dan cuba setiap hari untuk menyelamatkan dirinya,’ tambah seorang individu.

Advertisement

Sumber: Daily Mail

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel