Connect with us

Terkini

Polis kesan budak Rohingya minta sedekah di jalanan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Polis sedang mengesan kanak-kanak yang dipercayai bukan warganegara meminta sedekah di jalanan, ekoran beberapa video tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata berdasarkan video berkenaan, ia dipercayai berlaku di ibu negara.

Beliau berkata beberapa peruntukan undang-undang boleh diambil, antaranya Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana individu yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak membenarkannya bagi mengemis, menerima sedekah, adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Peruntukan undang-undang juga boleh diambil di bawah Seksyen 283 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan, atau meninggalkan daripada menjalankan aturan dalam milikannya atau di bawah jagaannya, menyebabkan bahaya kepada seseorang hendaklah dihukum denda yang sehingga RM400.

Advertisement

“Selain itu, peruntukan boleh diambil di bawah Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Peminta-peminta sedekah) iaitu sesiapa yang meminta sedekah di tempat awam dan boleh mencari pekerjaan sah untuk hidup, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100 atau dipenjarakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saiful Annuar berkata pihaknya memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan, yang melanggari undang-undang.

@malaysianupdatenews Adik long tiger ke ni? garang semacam je. #beritaditiktok #viralnewsmalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Dah tiba masanya tindakan di ambil untuk mengawal situasi ni..nanti lagi bertambah ramai..#beritaditiktok #viralnewsmalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Geng budak rohingya juga ke ni? Dah tunjuk jari tgh lepas tu minta duit😡 #beritaditiktok #viralnewsmalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

“Polis juga menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel