Connect with us

Politik

‘YB Berjiwa Rakyat’ – Netizen terharu lihat Datuk Seri Hishammuddin berlari dekati rakyat di Dungun

Reaksi spontan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berlari mendekati seorang kanak-kanak perempuan yang melambai kepadanya ketika lawatan kerja di Dungun, Terengganu, hari ini, dibanjiri pujian netizen.

Menteri Pertahanan itu berkongsi video berkenaan menerusi hantaran Facebooknya, memaparkan beliau sempat berlari menuju ke tepi padang, bagi menyapa dan berjumpa penduduk di kawasan tersebut sebelum berlepas menaiki helikopter.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, Hishammuddin dilihat begitu teruja berlari ke arah mereka, dan berkesempatan bertanya khabar serta memberikan topi yang dipakainya kepada seorang kanak-kanak perempuan itu kerana tidak mahu dia kepanasan.

Memetik laporan Malaysiapost, Hishammuddin berkata, sebelum menaiki helikopter, beliau ternampak kanak-kanak itu bersama keluarganya melambai-lambai ke arahnya.

Advertisement

Justeru, katanya, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup berpanas terik melihatnya untuk berlepas, beliau memberi topinya kepada kanak-kanak itu

“Nampak adik comel ni dan keluarga dia lambai dari jauh sebelum saya berlepas dari Dungun tadi.

“Pergi jumpa sekejap dan beri topi saya kat dia. Kesian kena panas terik. Jaga diri semua!,” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji sikap ‘humble’ Hishammuddin kepada rakyat.

Pengguna Facebook, Rohayu Tahir berkata, dia sememangnya tertarik dengan kepimpinan dan peribadi Hishammuddin sejak dulu dan memberi kata semangat kepada Menteri itu untuk terus berkhidmat.

Advertisement

Nik Farizul Nik Mohd pula berkata, Hishammuddin berjiwa rakyat.

Bakri KL berkata: “Alhamdulillah syukur… Terbaik dan syabas Datuk Seri Hishammuddin.

“Semoga dipermudahkn segala Usaha Murni demi Kesejahteraan Rakyat.

“Semoga Datuk Seri dan krew sentiasa dlm Rahmat serta perlindungan Allah SWT,” tulisnya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel