Connect with us

Jenayah

Polis tahan pasangan tendang lelaki dalam perbalahan isu tapak niaga

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu yang mencederakan seorang lelaki selepas terlibat dalam pertengkaran dalam kejadian di Taman OUG di ibu negara, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor, tindakan diambil susulan video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berumur 58 tahun mendakwa telah dicederakan oleh suspek apabila dia mengambil gambar tapak niaga milik suspek sebagai bukti bahawa berlaku ketidakpatuhan syarat lesen perniagaan.

“Suspek seorang lelaki berumur 53 tahun dikatakan telah mendirikan tapak niaga melebihi jumlah tapak yang dibenarkan oleh pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

Advertisement

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengambil gambar telah menyerang dan menendang mangsa di bahagian belakang badan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Amihizam berkata, seorang lagi suspek lain iaitu seorang wanita berumur 48 tahun turut ditangkap bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kedua-dua suspek dalam kes ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera.
“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Amihizam dalam pada itu menasihati orang awam agar tidak melakukan tindakan di luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana orang.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel