Connect with us

Jenayah

Pondan lindungi Long Tiger dipenjara lima bulan

Seorang lelaki berperwatakan wanita dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger bulan lalu.

Memetik daripada laporan berita, tertuduh yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Nurul Ainna Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Rusli didakwa melindungi Abdul Hamim Ab Hamid, 33, di sebuah rumah bernombor 854A Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil, jam 3.15 petang, pada 28 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah yang lari daripada jagaan atau yang diperintah supaya ditangkap.

Advertisement

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ruzanna Abdul Rahim.

Majistret menjatuhkan hukuman penjara tersebut daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Disember 2021 lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menerima panggilan telefon pada jam 10 pagi pada 18 Disember lepas daripada satu nombor tidak dikenali dan memperkenalkan diri sebagai Abdul Hamim ataupun dikenali sebagai Long Tiger yang memberitahu mahu menumpang di rumahnya sementara mahu melarikan diri ke Indonesia.

Abdul Hamim kemudian datang ke rumah tertuduh kira-kira jam 8.45 malam hari sama dan menumpang di kediaman itu lebih kurang selama 11 hari.

Advertisement

Tertuduh didakwa dengan pengetahuannya tahu bahawa Abdul Hamim merupakan individu yang dikehendaki polis kerana melarikan diri daripada tahanan ketika proses perbicaraan di Mahkamah Tangkak, Johor.

Rusli didakwa dengan rela hati memberi kebenaran kepada Abdul Hamim untuk menyembunyikan diri daripada polis sementara menunggu tekong membawanya ke Indonesia.

Fakta kes turut menyatakan tertuduh tidak memaklumkan kepada sesiapa mahupun pihak polis bahawa individu dikehendaki itu berada di rumahnya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel