Connect with us
MakesScents Perfume

Viral

Baru guna 6 bulan, perlu RM60,000 intuk kos naik pulih kereta Honda selepas banjir

Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia pada akhir bulan Disember lalu ternyata telah mendatangkan pelbagai kerugian dan memusnahkan banyak harta benda lebih-lebih lagi kenderaan yang tidak sempat dinaiki di kawasan yang selamat.

Setelah selesai urusan membersihkan kawasan yang dilanda banjir, ramai pemilik kenderaan akan menghantar kereta untuk dibaiki dan mendapatkan sebut harga.

Pastinya, harga yang dikenakan cukup mahal malah ada yang mencecah lima angka nilainya.

Menurut salah seorang pengguna Twitter, @ahmiqb, dia telah berkongsikan pengalamannya sendiri di mana kereta jenis Honda CR-V yang baru sahaja dimilikinya sejak enam bulan lalu itu memerlukan minimum RM60,000 untuk urusan baik pulih akibat ditenggelami banjir sebelum ini.

Kata pengguna Twitter tersebut, amat wajar jika pemilik kenderaan untuk mempertimbangkan perlindungan tambahan yang melibatkan bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsikan pengalaman yang sama tentang kos yang cukup tinggi dikenakan bagi membaiki kenderaan masing-masing.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!
Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel