Connect with us

Jenayah

Melancong sambil mencuri, enam individu termasuk tiga wanita ditahan

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun itu dan antaranya mempunyai pertalian darah, ditahan dalam serbuan di sebuah lokasi di Brinchang kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu lepas.

“Kami menerima maklumat berkenaan kes pecah cermin kereta bahagian penumpang belakang kenderaan jenis Toyota Vellfire dan sebuah beg galas berisi wang tunai sebanyak RM260,000 telah dicuri, dan mendapati ia merupakan salah satu daripada tujuh kes tersebut.

“Hasil serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, telah berjaya membawa kepada penangkapan enam suspek dalam tempoh kurang dari satu jam kes itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas beg hitam berisi wang tunai berkenaan, beg mengandungi peralatan pecah cermin serta anak kunci gari, empat paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan sepaket plastik berisi ketulan dimampatkan daun kering disyaki dadah jenis ganja.

Ramli berkata turut dirampas dalam serbuan itu termasuklah pelbagai jenis barangan kemas, 10 buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM 3,843.

Advertisement

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas yang dikenali sebagai Muhammad Zaidi Zainal yang mempunyai 26 rekod jenayah lampau dan seorang lagi yang dikenali dengan nama panggilan Faiz.

“Mereka yang datang dari Sungai Petani, Kedah turut membawa anak kecil berumur lapan bulan sehingga 19 tahun, menginap di sebuah pusat penginapan terkemuka di sini sejak Khamis lepas,” katanya.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 39A (2) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Katanya kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel