Connect with us

Terkini

Meninggal ketika bantu mangsa banjir, suami tak sempat tengok anak selepas 10 tahun menanti zuriat

Menerusi satu perkongsian yang tular oleh seorang wanita dikenali sebagai Laila telah memuat naik sebuah video di laman TikTok, menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.

Namun wanita ini diuji pula apabila suaminya telah pergi buat selama-lamanya tanpa sempat melihat zuriatnya selepas penantian yang begitu lama.

“Tinggalkan mama bersama zuriat yang bakal lahir bulan 3 nanti. Zuriat yang kita nantikan selama 10 tahun.”

Laila turut menceritakan bahawa Allahyarham suaminya begitu gembira selepas mengetahui dirinya mengandung namun atas suratan takdir kini dia terpaksa akur dan reda.

Advertisement

“Sempat buat details dan scan zuriat kita dan bayi itu lelaki. Papa gembira sangat tapi papa tak sempat jumpa bayi kita. Ya Allah tabahkanlah hatiku demi zuriat yang bakal lahir nanti. Sedih sebab perlu hidup sendiri dengan anak dalam kandungan.”

Difahamkan, Allahyarham dikenali sebagai Mohd Ikram bin Bakri meninggal dunia ketika membantu proses pembersihan pascabanjir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan Al-Fatihah buat Allahyarham suaminya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel